Thursday, 13 June 2013


Baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat lalu, Zahid Baharudin atau Zahid AF telah ditimpa masalah apabila dia dikhabarkan sesak nafas semasa berada di lokasi berbulan madu iaitu di Cameron Highland, Pahang.
Zahid sempat berkongsi gambar dirinya di sebuah klinik dengan bernafas mengunakan topeng bantuan pernafasan oksigen di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Zahid yang merupakan penyampai radio Era FM ini telah selamat diijabkabulkan dengan gadis kelahiran Teluk Intan, Perak iaitu Sarah Julifa Isa.
Buat Zahid semoga cepat sembuh dan selamat melayari bahtera bersama isteri tercinta

Gambar yang seakan-akan tatu di lengan kanan suami kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali telah menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman Instagram milik kedua-dua selebriti tersebut.
Bagaimanapun, Hani telah menerangkan bahawa itu bukanlah tatu kekal sebaliknya merupakan tatu inai boleh dihilangkan serta dibuang pada bila-bila masa.
Biasalah, namapun selebriti…dari hujung rambut sampai hujung kaki akan diperhati!

YASMIN2

Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya.
Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya.
Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi:
shila 2
Dek kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam.
(BACA Hairie Othman Kini Dilayan Umpama Sampah Oleh PR)
shila 3
Teruskan Membaca D

Umpama Sampah…atau habis madu sepah dibuang…itulah pepatah terbaik bagi memperlihatkan nasib pelakon Hairie Othman apabila kini tidak lagi dipandang oleh Pakatan Rakyat (PR).
Jika sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Hairie diusung ke serata negara terutama oleh parti pejuang Islam PAS, kini nasibnya umpama…“ah, pandai kaulah nak hidup…”.
Tulah…dulu bukan main semangat mengutuk kerajaan yang selama ini duk bantu dia sekeluarga dari banyak segi.
Baru faham mainan politik bang…
838(Gambar: Zaman mewah)
Dalam laporan Mingguan Warta Perdana, Hairie mengaku sejak PRU13 tamat, dia umpama tidak wujud lagi di mata PR.
Macam-macam nada sedih dilemparkan kecuali mengakui dirinya diperbodohkan.
Mungkin balasan tuhan kot pasal duk mengutuk kerajaan over-over dulu.
Dan yang paling nyata, nampak sangat Hairie duk beriya-iya menghina kerajaan dulu pasal dia dibayar untuk setiap ceramah yang diberikan…
“Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan,” katanya.
hairie othman gila(Gambar : Zaman mengutuk PM sedap mulut)
Ceh..ingatkan jujur dan ikhlas untuk Islam dan PAS…ropanya berharap…
Dan sampai sekarang masih berharap…
Katanya, kalau bagi tender potong rumput pun jadilah…
Apasal sampai nak merayu kat media ni… dan mintak-mintak tender ni bukan macam kroni ke? Bukan itu ke yang kononnya kau benci selama ni?
Ini macam orang selalu cakaplah…puak pembangkang ni kalau dia buat takpe, orang lain buat kena bising.
Hakikatnya camnilah Hairie…kalau orang dah tak nak kat kau…sedarlah diri…mudah aje…nak merayu-rayu buat apa?
Khidmat kau sampai PRU-13 aje, yakni ketika PAS kemaruk nak menang kerusi pilihan raya…sekarang kau dah takda nilai…
Sekurangnya kerajaan yang kau kutuk tu, kalau ada orang sokong…kerajaan tu ingat jasa dan selalu balas budi…
Untuk PAS ni kau anggap ajelah perjuangan …nak harap balasan dan duit ni apasal?
Iklan Teks:
JAKARTA – Setelah dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP), Jakarta Selatan, mangsa kemalangan yang melibatkan pelakon Ari Wibowo meninggal dunia, Khamis. Pelakon sinetron yang menunggang motosikal berkuasa besar Ducati itu terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu. Sementara itu, Ari turut dilaporkan patah kaki akibat kemalangan tersebut. Sejak tiga hari mangsa berada di rumah sakit, Ari sentiasa berada dan mengikuti perkembangannya tersebut sehingga Allahyarham meninggal dunia. “Dia sudah diberikan rawatan yang terbaik namun kita tidak dapat menolak kehendak Tuhan,” katan Ari seperti dipetik Liputan6.com. Ari yang memberi kerjasama dalam kes kemalangan tersebut turut digugurkan daripada dikenakan apa-apa tindakan. – mStar Iklan Teks:

PETALING JAYA – Malam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu ditunda kepada 3 September depan.  Pengarah Eksekutif, Kaizen Cosmetic, Sulaiman Ngah Dimin selaku penganjur persembahan itu berkata, penundaan tersebut dibuat disebabkan orang kenamaan (VVIP) yang dijemput melancarkan produk keluaran syarikat itu mempunyai aktiviti lain. “Pihak VVIP yang ingin melancarkan produk keluaran Kaizen Cosmetic sempena malam amal itu tidak dapat memberi komitmen kerana beliau mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. “Sehubungan itu pihak kami terpaksa menundanya kepada 3 September depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang Khamis. Dalam pada itu Sulaiman berkata, artis yang terlibat tidak menghadapi masalah dengan penundaan berkenaan sebaliknya mereka bersetuju untuk terus menghiburkan orang ramai pada tarikh baharu. Katanya, orang ramai yang sudah membeli tiket tidak perlu khuatir kerana tiket asal masih sah dan boleh digunakan. Tambahnya, lokasi acara berkenaan tetap tidak berubah iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Selain ketiga-tiga diva berkenaan, persembahan tersebut akan turut diserikan dengan kehadiran Didie Alias, Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak) sebagai pengacara bersama. Maklumat dan keterangan lanjut berhubung penundaan itu boleh dilakukan dengan menghubungi Rahimi di talian 03-62425104 atau 010-2454923. – mStar Iklan Teks:

Perbuatan Pelik! Jilat Bebola Mata

Posted by Unknown On 20:01 | No comments
Charlotte Amalie – Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.
“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.
“Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak,” katanya.
Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.
Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.
Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan ‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. – Daily Mail

Pengikut

Friends