
PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah
mengakui tumpuannya kepada projek filem pada tahun ini telah
menyebabkannya jarang muncul di televisyen sejak akhir-akhir ini.
Izara bagaimanapun berkata, itu tidak
bererti dia tidak mahu lagi berlakon dalam drama sebaliknya akan
menerima tawaran sekiranya ia sesuai.
“Saya kelihatan menyepi mungkin kerana
jarang berlakon drama untuk TV3 pada tahun ini kerana sebelum ini banyak
lakonan saya untuk siaran stesen tersebut.
“Tambahan pula tahun ini memang saya
memberi tumpuan kepada projek filem dan jadual sangat penggambaran
sangat padat,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Izara berkata, dia tidak
bimbang popularitinya dikatakan merundum gara-gara jarang muncul di
televisyen kerana sedar tidak banyak karya terbaharu menampilkannya.
Jelas Izara, dia juga melihat perkara
itu dari sudut positif kerana jika terlalu kerap muncul bimbang ia akan
membuatkan penonton bosan.
“Jika terlalu kerap muncul takut orang
bosan pula dan biar sesuatu kemunculan itu dapat meninggalkan kesan
kepada penonton,” ujarnya.
Sementara itu, Izara berkata, dia kini
sedang dalam proses menyiapkan lima buah filem dan mengakui jadualnya
cukup padat sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri.
Bagaimanapun kata Izara, kepercayaan
yang diberikan adalah satu peluang untuk dia buktikan kemampuan diri
sebagai seorang pelakon dan mengakui menimba pelbagai ilmu daripada
pengarah-pengarah yang dia bekerjasama.
“Alhamdulillah rezeki murah tahun ini dengan pelbagai tawaran filem dan kepercayaan mereka tidak akan saya sia-siakan,” katanya.
Izara bakal muncul dengan lima buah filem iaitu Showdown The Movie, Sejoli, Pilot Cafe, KL Zombie dan Balun
0 comments:
Post a Comment