
PENYANYI terkenal Mariah Carey hampir
mengalami situasi memalukan apabila zip gaun rekaan Donatella Versace
yang dipakai terbuka dan hampir mendedahkan payudaranya dihadapan
peminat.
Ketika kejadian, Mariah, 43, sedang
berbual dengan hos program Good Morning America (GMA) yang disiarkan
secara langsung pada Jumaat lalu dan menyedari zip baju tersebut
terbuka.
Bagaimanapun Mariah dengan pantas meletakkan tangannya pada bahagian dada agar payudaranya tidak terdedah.
“Saya sayangkan anda Donatella (Versace) tapi ia terbuka, sayang,” katanya secara spontan ketika kejadian itu berlaku.
Tindakan pantas daripada pembantunya telah menyelamatkan keadaan tersebut.
Mariah muncul pada program berkenaan
untuk menjayakan konsert mini GMA bagi mempromosikan single terbaharunya
berjudul #Beautiful duet bersama Miguel.
Pada acara itu, Mariah turut
menyampaikan tiga buah lagu untuk peminat yang hadir ke konsert
berkenaan iaitu Always Be My Baby, We Belong Together dan #Beautiful.
0 comments:
Post a Comment