
Sekarang, jualan tiket filem francais Too Fast Too Furious 6 atau dikenali sebagai Fast 6 sedang laku macam goreng pisang panas!
Namun apa yang ingin dikongsikan penulis
ialah mengenai betapa terkejutnya reaksi yang ditunjukkan oleh para
pelakonnya iaitu Vin Diesel, Michelle Rodriquez, Gina Carano dan Luke
Evans terhadap harga pasaran kereta yang terdapat di Singapura.
Wartawan yang menemuramah mereka meminta
keempat-empat pelakon terkenal Hollywood itu untuk meneka harga kereta
yang dinyatakan dan ternyata semua tekaan mereka itu tersasar jauh
daripada harga sebenarnya.
Sebagai contoh, Diesel begitu
terperanjat besar apabila diberitahu kereta jenis Toyota Prius di
Singapura berharga sebanyak USD154,000 berbanding tekaannya iaitu
USD50,000.
Malah Diesel sempat berjenaka dengan
mengatakan jangan membeli kereta di Singapura jika anda mahu menjadi
warganegara yang bijak.
Nyata, harga kereta di negara republik
itu tersangat tinggi kerana kerajaannya mahu penduduk di sana kurang
membeli kereta untuk mengelakkan masalah kesesakkan jalan raya dan
trafik di negara tersebut.
Apa-apa pun layan dulu video aksi spontan pelakon-pelakon hebat ini!
0 comments:
Post a Comment