Thursday, 25 April 2013

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) akan mengadakan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan dan Pulau Pinang pada 3 hingga 5 Mei ini. AirAsia melalui satu kenyataan media memberitahu, penerbangan tambahan ini bagi menampung permintaan tinggi untuk penerbangan pesawat AirAsia bersempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Oleh itu penumpang yang mahu pulang ke kawasan terbabit untuk mengundi digesa supaya membuat tempahan segera kerana tiket penerbangan tambahan ini dijangka terjual dengan cepat,” kata kenyataan itu hari ini. Tambah kenyataan itu, AirAsia menyediakan sebanyak tiga penerbangan tambahan ke tiga destinasi tersebut dan tiket boleh ditempah secara online melalui laman web www.airasia.com bermula hari ini. Kata kenyataan itu, tiket untuk penerbangan tambahan itu serendah RM74 sehala dan tempahan boleh juga dibuat melalui applikasi iPhone dan Android. AirAsia dalam pada itu memaklumkan tiket penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu; Alor Setar, Kedah dan Johor Bahru, Johor pada 3 hingga 6 Mei ini masih dibuka untuk tempahan. Kata kenyataan itu, penumpang yang menggunakan penerbangan tambahan terbabit disaran supaya tiba awal di lapangan terbang untuk mengelakkan kesesakan. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Pengikut

Friends