Thursday, 25 April 2013

Kah kah kah…dalam kami menyokong Barisan Nasional (BN), mintak maaflah…lagu yang ini kami tak boleh blah! Apa punya lirik daaa…. Apakah tujuan lagu ini? Adakah untuk memperbodohkan diri sendiri? Kalau mesej yang hendak disampaikan bahawa BN telah membantu masyarakat India, itu memang tidak dinafikan. Masyarakat India asalnya kaum pendatang di negara ini, itu fakta sejarah. Namun, selepas beberapa generasi, semua adalah anak Malaysia. Dalam beberapa generasi itu, ada give and take antara kerajaan dan masyarakat India. Jasa dan pergorbanan masyarakat India tidak boleh dipandang sepi…sama sekali tidak boleh dipandang sepi! MIC juga telah memainkan peranan dalam membantu masyarakat India, walaupun dicemuh. Ingatlah, bukan mudah untuk mengerakkan sebuah negara yang mempunyai komposisi kaum dan agama yang sangat berlainan seperti Malaysia. Jika bukan kerana sikap DAP pada 13 Mei 1969, dasar BN secara umumnya telah berjaya memastikan negara ini bergerak menuju kemajuan dan kemakmuran tanpa ada konflik yang besar antara jutaan masyarakat pelbagai kaum dan agama serta budaya yang berbeza. Namun, untuk merumuskan kejayaan BN dengan lagu macam kat bawah ni…kah kah kah…itulah respon kami…belum buat parodi dah lawak…kalau ada yang buat parodi apa jadi agaknya? Apa pun..beribuuuu-ribuuu tahniah kerana mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut

Friends