Thursday, 25 April 2013

NUBE Bidas Pengarah Eksekutif MEF

Posted by Unknown On 07:48 | No comments
KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mendakwa Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mempunyai kepentingan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Setiausaha Agungnya, J.Solomon mendakwa, perkara itu boleh dilihat apabila MEF cuba `menghangatkan’ isu seorang pengurus bank didakwa mengugut pekerjanya supaya mengundi parti pembangkang baru-baru ini. “Perbuatan ini tidak beretika dan MEF perlu mengambil kira dan menimbangkan hak setiap rakyat sebelum membuat perkara-perkara yang diibaratkan “menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri”,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Beliau mengulas kenyataan MEF seperti disiarkan sebuah akhbar kelmarin yang meminta NUBE supaya tidak mengambil mudah isu tersebut apabila menganggap isu itu sebagai ‘gurauan rakan sekerja’. Solomon mendakwa, jika MEF benar-benar bersungguh dalam isu seperti itu, Pengarah Eksekutifnya, Shamsudin Bardan perlu bertindak terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dua buah bank kerana didakwa menyokong sebuah parti politik. Media pada 23 April lalu melaporkan Shamsudin menyifatkan tindakan NUBE menganggap perbuatan seorang pengurus bank mengugut pekerjanya untuk mengundi parti pembangkang sebagai ‘gurauan rakan sekerja ‘ tidak dapat diterima. Shamsudin dipetik sebagai berkata, perkara melibatkan politik adalah serius terutamanya negara berada dalam situasi pilihan raya dan meminta NUBE tidak mengambil mudah masalah tersebut. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Pengikut

Friends