KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dan planet Zuhal di Planetarium Negara pada 26 April ini.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) melalui satu kenyataan media memberitahu, acara menyaksikan fenomena yang jarang kali berlaku itu akan berlangsung dari pukul 3 hingga 6 pagi.
“Justeru Angkasa menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa dan Zuhal ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, pihak penganjur akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam yang mempunyai teleskop sendiri juga digalakkan untuk membawanya bersama.
Selain itu orang ramai juga digalakkan untuk membawa khemah sekiranya berminat untuk bermalam di Planetarium Negara
Orang ramai yang berminta menyertai program itu boleh menghubungi talian 03-2273 4301/4303/5484
0 comments:
Post a Comment