Thursday, 25 April 2013

IPOH – Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Jalan Desa Rishah, Buntong di sini nyaris terbakar dipercayai dilempar bom petrol atau ‘molotov cocktail’ oleh tiga lelaki berumur lingkungan 20-an awal hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik gerakan terbabit. “Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu sempat memadam api yang terkena beberapa bendera BN. Bagaimanapun hanya sedikit kerosakan kerana botol yang mengandungi petrol itu tidak terbakar sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang menaiki kereta Nissan Sentra merah cuba melarikan diri apabila Pasukan Khas Cantas yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu hendak menahan mereka. Selepas dikejar, kereta suspek terbabas di kawasan sejauh lima kilometer dari bilik gerakan dan ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Pengikut

Friends